About Us

About Us


 MYLEA BOUTIQUE & FABRIC GALLERY menawarkan pelbagai jenis pakaian moden 'readymade' yang terdiri daripada dress, kurung moden, mini kurung, kaftan, busana muslim, blouse & tudung.MYLEA BOUTIQUE & FABRIC GALLERY juga menawarkan beraneka fabrik berkualiti dan eksklusif dari Paris, Itali, India, Vietnam, China, Indonesia, dan juga fabrik buatan Malaysia. Antara fabrik yang dijual adalah seperti sutera, 'lace', 'chiffon', 'cotton', 'lycra', satin dan aksesori wanita seperti 'brooch'. MYLEA BOUTIQUE & FABRIQUE GALLERY juga menawarkan khidmat perundingan rekabentuk fesyen, tempahan pakaian, sulaman manik, dan perundingan imej. Jaminan kami adalah rekaan ekslusif dan dibuat sepenuhnya oleh MYLEA secara terus dari studio kami. Setiap rekabentuk pakaian 'readymade' MYLEA hanya terdapat 3 pasang sahaja tidak termasuk tempahan khas.


 MYLEA BOUTIQUE & FABRIQUE GALLERY














Ruangan selesa dan elegan














Butik dengan hiasan dalaman moden














Studio rekaan fesyen dan perundingan














Pelbagai pilihan fabrik bermutu di aras satu butik














Studio jahitan dengan peralatan lengkap



MYLEA BOUTIQUE & FABRIQUE GALLERY
menyediakan khidmat dari 2 graduan tempatan dalam rekaan fesyen dengan bantuan dari 8 tukang jahit berpengalaman.


 VISI MYLEA BOUTIQUE & FABRIC 
 menghasilkan rekaan yang kreatif dengan menggunakan konsep yang menepati citarasa pengguna bersesuaian dengan trend semasa serta menggunakan fabrik berkualiti tinggi.


 MISI
 Menjadi pusat pengeluaran dan pembekalan pakaian dan fabrik bumiputra yang profesional dan berdaya maju dibawah satu bumbung (one stop centre) untuk mengembangkan perniagaan ke tahap multinasional dan global.


 PIAGAM PELANGGAN
 Memberikan layanan hospitaliti yang mesra, ikhlas dan penuh komited. Setiap rekaan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat dan dapat memenuhi citarasa setiap pelanggan.

No comments:

Post a Comment